Followers

Wednesday 27 March 2013

Mahathir dakwa Anwar tidak yakin di Permatang Pauh

22 Mac 2013
Mahathir bin Mohamad
Tun Dr Mahathir bin Mohamad

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu,  
                                                       tetapi untuk menang, satu cerita lain."
"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.- Bernama

Tuesday 26 March 2013

Inikah Dalang disebalik Pencerobohan Lahat Datu?


Buat semua Rakyat Malaysia...sama-samalah kita fikir dan menilai semua ini. Semoga segala kebenaran akan terlihat jua akhirnya... Jangan kita rakyat dijadikan alat buat 'mereka'.

Thursday 21 March 2013

Malaysia yang bagaimana? - Luahan hati orang muda



Pakatan: People’s Hope? NOPE!
Barely a few hours after Pakatan Rakyat unleashed its GE13 manifesto on Monday, a slew of netizens across the social media platforms began to question Pakatan’s proficiency in political, social and economic manoeuvring.
This was not a surprise. After all, Pakatan’s predilection towards populism has recently been the subject of criticism from both sides of the political divide. Questioning and grilling the opposition coalition is no longer exclusive to BN politicians and supporters, it seems. The neutrals and the progressive left too are having a field day with this, as well as NGOs and academicians.
In a nutshell, the Pakatan Rakyat manifesto launched last Monday reeked of the same stench from their previous offerings - populist, lacking details and highly unaffordable. It is not a pledge that can guarantee the well being of the people. Implementing even half of the promises will bankrupt the country, observers said. It is what it is: a tool to gain popularity among voters. A tool to win votes, no matter what the cost will be.


Implementing the manifesto will prove to be Pakatan’s biggest ever hurdle, should they capture Putrajaya. This is highly unlikely. The opposition’s mediocre and poor track record shows that Pakatan is only made up of sweet-talking politicians who would have no idea on how to fulfil their promises. What they carry with them are just hatred and vendetta, with no real plans to bring the country forward. Those not familiar with Pakatan’s history will find the manifesto attractive. For most Malaysians however, it is just another lip service that could never become reality. Pakatan did not describe in detail on how the allocations and promises would be fulfilled. When asked by journalists, de facto leader Anwar Ibrahim could only muster what he normally does: distract the questions and begin to scream leakage, corruption and extravagance. It is his standard script for every question.

Face it; Pakatan is a coalition with no accurate answers. Heck, even this close to GE13, the three parties that make up Pakatan are still squabbling over recurring issues, over seat allocation, and over who will become PM should they, God forbid, win the election this time around. How are we supposed to trust these politicians with the responsibility to take this country forward? Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has boasted that a manifesto is NOT a promise; hence they have no binding responsibility to fulfil them. Res ipsa loquitur. I echo the calls made by many others before me: Pakatan should really revisit its GE12 manifesto before coming up with a new one, as it hasn’t fulfilled 80% of its old promises. If they’ve fulfilled their GE12 manifesto, why on Earth would they recycle it in the new manifesto?
Oh. I forgot. A manifesto is not a promise.

Wednesday 20 March 2013

BERSIH!!!!




Kalau tak kelakar...salah KERAJAAN gak ke???


Ini pun boleh jadi bahan...hahaha. Selamat menonton ye,lepas tu korang nilai lah sendiri...

Buat semua MELAYU......


MELAYU... Hayatilah bait-bait lirik ini...semoga bangsa ini kekal menjadi MELAYU yang gah di muka bumi, bukan MELAYU yang hanya tinggal pada nama..itupun kalau masih bangga bernama MELAYU....

Fakta Lagi!!!! - Pemecatan Anwar bukan KONSPIRASI tetapi REALITI


Bukan mudah untuk mencari sesuatu KEBENARAN. Dan setiap kita berhak untuk mencari KEBENARAN itu. Namun,dalam usaha kita mencari setiap KEBENARAN itu..berpaksilah kepada Allah swt bagi mereka yang Muslim..dan bagi yang bukan Muslim,nilailah berpandukan nilai-nilai moral yang baik bagi setiap manusia. Sesungguhnya KEBENARAN itu pasti akan terserlah biarpun mengambil masa yang sangat dan terlalu lama.

Fakta BUKAN Auta!!! - ICJ Putuskan Sabah Milik MALAYSIA

ICJ Telah Putuskan Sabah Milik Malaysia

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.

Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak "rakyat", untuk menentukan pilihan sendiri. Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).

Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah", resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih".

Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa. Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946  telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.

Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah.

Buat semua Blogger....

Wednesday 13 March 2013

Sumpah Melayu by Dato' Onn Jaafar


KAMI, Umat Melayu Beragama Islam, Pada hari ini Berjanji tidak akan Berhasad Dengki, Khianat, Iri Hati, Bertelagah dan Berbalah sesama sendiri.
KAMI, berjanji akan Bersatu Padu dan Patuh, Menegakkan Agama Islam.
KAMI, juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI,sedia bersaing sesama Umat Melayu dan Kaum-kaum Lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI, Umat Melayu Bersumpah Setia untuk ; 
1.Mempertahankan Kepentingan & Hak Melayu 
2.Mempertahankan Kedaulatan Raja-raja Melayu
3.Memperjuangkan Ikhtisad & Pelajaran Bangsa Melayu dan
Mempertahankan Maruah Negara supaya Aman Sejahtera

Dato' Onn Jaafar
Pengasas Negara Bangsa
10.2.1946 Batu Pahat, Johor

Confident with BN


Siapa Hero kita???


Jika Jepun ada Ultraman sebagai Hero, Negara Barat ada Batman, Superman, Spiderman dan bermacam lagi superHero yang akan menyelamatkan mereka....bagaimana pula dengan Malaysia?. Adakah Mr. Mansuh ini akan menyelamatkan kita? atau memusnahkan kita?....Lakukan TRANSFORMASI!!!

For all Malaysian women....you can do'it!!!

"sharing is caring"

Just For You Malaysian.

Website Under Construction!!!

Salam 1 Malaysia



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dimulakan bicara mencari keberkatan. Kebenaran yang hakiki dicoretkan .Berkongsi untukl kemaslahatan bersama.
Salam 1 Malaysia. :)